Jawatan kosong terus ke email anda, daftar email anda dibawah :

Delivered by FeedBurner

Jawatan Kosong Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA

on 31 May 2010

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Jawatan :  Kakitangan Sambilan Teknologi Maklumat
Taraf Jawatan : Kontrak
Tangga Gaji : RM 1200.00
tarikh tutup : 30 JUN 2010

download borang   lihat iklan

Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab membantu Juruteknik Komputer menyelenggara komputer, menyelia makmal komputer
pelajar dan kerja-kerja pentadbiran yang diarahkan daripada masa ke semasa.

Kelayakan
 Diploma dalam Sains Komputer atau Teknologi Maklumat; atau

Diploma dalam Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam perancangan dan pengurusan sistem dan teknologi
maklumat; dan

Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang-bidang berkaitan; dan

Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam bidang Open Source Environment System, Sun
OS System dan Microsoft Server

CARA MEMOHON
a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan ASWARA yang boleh diperolehi dengan memuat turun borang tersebut di laman Web ASWARA iaitu www.aswara.edu.my
b) Permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikembalikan bersama-sama sekeping gambar terbaru berukuran passport,salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan, resume dan dokumen-dokumen sokongan dan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.
c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 40.5sm x 30.5sm. Disudut atas sebelah kiri sampul surat hendak ditulis nama jawatan dipohon.
d) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat di bawah sebelum atau pada 30 JUN 2010.

Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
464, Jalan Tun Ismail,
50480 KUALA LUMPUR.
(u.p: Bahagian Teknologi Maklumat)
Tel : 03-2697 1777 / 03-2697 1194 / 5448 / 1163

ASWARA adalah sebuah institusi pengajian tinggi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK). ASWARA memerlukan kumpulan baruyang terdiri daripada individu yang dinamik, kreatif, inovatif, bermotivasi tinggi untuk bekerja dengan semangatberpasukan dan meminati serta menghargai bidang seni budaya dan warisan bagi merealisasikan misi dan visi penubuhan ASWARA

Ranking: 5

{ 0 comments ... read them below or add one }

 
© info kerjaya | jawatan kosong 2013 | All Rights Reserved
D.I.Y Themes By Belajar SEO